Friday, May 17, 2024

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru untuk semua yang bergelar Pendidik terutamanya Guru-guru yang telah mengajar diri ini.   Moga segala jasa dan bakti dibalas oleh-Nya.  

Sebagaimana tiap tahun, menarik tema-tema pakaian yang diperagakan oleh kawan-kawan saya yang bergelar Guru (mereka share di wassap dan FB).   Ternanti2  juga kalau-kalau ada yang buat tema "eco costume".   Tapi tak ada nampaknya.    Kalau tak, ai nak let go shopping2 bag dan plastik2 yang banyak kat rumah ni untuk you guys buat baju. 😁.  

Bukan apa, aritu nampak Pertandingan Ratu dorang buat gaun dari kanvas biru tu lawo pulak. (Orang lawo, pakai apa pun lawo, kita pakai mungkin macam kemah bergerak. 😅😅).  Terus ai imagine kalau kita buat baju kurung pun mesti gempak.  Walaupun mungkin Tailor akan sedikit menangis kerana jarum mungkin akan patah berkali2... at least lepas majlis boleh recycle pulak jadi baju hujan.



Selesai mengemas shopping2 bag yg Cik Q tinggalkan, maka kita makan laici dan ubi rebus.


Moga menjalankan tugas dengan berdedikasi dan ikhlas.  Lagi satu nak pesan, jika menasihati (anak murid) jangan sampai menghina kerana ia tak elok untuk jangka masa panjang.   Bagi anak murid pula.. hormatilah ibu bapa dan Guru.  Sekian.   



Monday, May 13, 2024

Lupa Diri Akibat Busy.

Ai bukan penyambut mother's day yang tegar... haha.. tapi kalau anak-anak wish ai hargai.  Masa ni la baru kita nampak photo-photo yg selama ni mereka peram.



 

Thanks la Sayang ye.. tak sangka pulak Mama ni fashion icon si Ain.   Maka itu la kita kena bagi contoh2 yg baik2 saja.

Cik Q wish juga.   Si adik langsung tak ambik pot, lelaki lain sikit kot. 😁😁.  


Sekian.   Itu je nak tulis.   Ni lah akibatnya bila sibuk bekerja, sampai tak ada waktu untuk diri sendiri dan blog.

Ai bagitau my big boss... "Jangan bagi ai task.. sebab ai ni komited orangnya, bila dah diberi mandat, terus fokussss sangat sampai "lupa diri". So.. please don't."