Wednesday, February 21, 2018

Sayur Keledek Tepi Kolam

"I love this house!!!". Itulah yang si Ain laungkan setiap hari sambil melompat2 ke dapur.   Selalunya time mama menyiapkan hidangan.

Macam tu lah dia time mood dia ok.  Sejuk sikit hati mama mendengarnya sebab rumah yang tak lah sebesar istana ni, anak2 rasa macam "syurga"  pulak di dalamnya.




Teratai belaan abah Ain pun dah mengeluarkan bunga hari ni.



IRP ada minta ai petik daun2 keledek tepi kolam tu buat sayur.  Nantilah bila dah malas ke pasar sebab sayur2 kat peti ada banyak lagi. Sebenarnya ai tak biasa makan sayur keledek.. agak seram sikit. 🙊🙊.   Nanti ai tanya uoll dulu untuk kepastian. Masak goreng belacan sedap agaknya kot?.



Inter frame jap pix 8 thn yg lampau. Rajinnya masa ni menjahit tudung sendiri, siap berangan nak jual plak tu.  Haha. Ya lah time tu kan ai suri rumah sepenuh masa,  banyaklah masa terluang.

Kejap crita rumah... kejap crita tudung?. Haha.  Saja je...  sebab tetiba terjumpa pix zaman muda2 ni.  









Tuesday, February 20, 2018

Thanks hadiahkan tudung!

Thanks for this lovely tudung my dear friend.  I loikeeeeeeee!  Menjadi asbab keceriaanku pagi ni pulak... Hihi..

Assalamualaikum guyss.




Apa khabar uoll?.

Kehidupan ai... beginilah adanya.   Alhamdulillah ler kalau nak dibanding dgn orang2 yg menderita kelaparan di luar sana atau orang2 yang diduga dengan pelbagai pancaroba hidup.

"Walau daku tak ler secantik mana tapi alhamdulillah.. ku masih ceria." Kah kah kah!.  Statement apakah ini??.

Bukanlah hidupku tiada pancaroba langsung ... tapi semuanya ai malas nak pikir,  take it easy je lah sudah.


Jadilah macam kawan2 seperantau ai kat sini puan2...  ceriaaa je manjang walhal di negara mereka menyimpan pelbagai episod derita.   Sebab tu orang2 sini tak rajin main2 group wassap sebab masalah negara mereka sendiri dah banyak!.  Masalah duit, masalah anak,  jauh dgn anak,  masalah bentuk muka bumi, gempa bumi, letupan gunung berapi dan mcm2 lagi lah.


Bila balik ke negara mereka, mereka akan buat pengumuman untuk sapa2 nak donate baju dsbnya.   Bagus mereka ni, berkhidmat untuk tanahair.  Harus mereka ni dapat anugerah Dato di negara mereka. Haha.